
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dan kes sembuh di seluruh negara semalam, 19 Julai 2022.
Jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 19 Julai 2022) meningkat semula kepada 3,902 kes berbanding 3,080 yang dilaporkan pada Isnin.
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,629,963 kes dengan 4,550,949 pesakit telah sembuh, termasuk 2,935 yang pulih semalam.
Kes positif semalam meletakkan Malaysia pada kedudukan ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara Asean, selepas Vietnam dan Indonesia.
Daripada jumlah jangkitan semalam 2,744 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19, diikuti 786 kes (penerima dos kedua); 351 kes (individu tidak divaksinasi); dan 21 kes (individu belum lengkap divaksinasi).
Sehingga semalam sebanyak 43,144 kes masih aktif, termasuk 41,488 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah dan 33 lagi dirawat di PKRC.
Sementara itu, seramai 1,568 pesakit dirawat di hospital, manakala 55 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 39 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah pecahan kes harian mengikut negeri dan kumulatif positif sejak Januari 2020:
Selangor – 998 (1,410,998);
Kuala Lumpur – 1,276 (390,213);
Johor – 93 (387,477);
Sabah – 234 (378,595);
Sarawak – 106 (308,882);
Kedah – 126 (302,951);
Pulau Pinang – 178 (288,164);
Kelantan – 74 (248,960);
Perak – 294 (211,582);
Negeri Sembilan – 188 (211,054);
Pahang – 54 (173,388);
Melaka – 106 (127,816);
Terengganu – 30 (127,022);
Putrajaya – 82 (23,402);
Labuan – 23 (21,674); dan
Perlis – 40 (17,785).
Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga melaporkan seramai lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).
Tiga daripada kes kematian itu dilaporkan di Selangor; Negeri Sembilan (dua); dan masing-masing satu di Johor, Melaka dan Perak.
Kematian terbaharu semalam menjadikan kumulatif sejak Mac 2020 meningkat kepada 35,870 kes, termasuk 7,609 kes BID.