
Data 14 Februari 2022.
Jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi meningkat sedikit, setelah kes yang direkodkan semalam turun berbanding pada Sabtu 12 Februari 2022 sebanyak 22,802 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 21,315 kes baharu dilaporkan di seluruh negara, berbanding 21,072 kes semalam.
Angka itu katanya, menjadikan kumulatif positif Covid-19 yang dikesan sejak awal 2020 lalu hingga hari ini meningkat kepada 3,061,550 kes.
Daripada kes harian yang dilaporkan pada 14 Februari 2022, sebanyak 87 kes atau 0.41 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 21,228 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Pecahan kategori kes adalah seperti berikut:
Kategori 1 : 6,200 kes (29.09%)
Kategori 2 : 15,028 kes (70.50%)
Kategori 3 : 48 kes (0.23%)
Kategori 4 : 23 kes (0.11%)
Kategori 5 : 16 kes (0.07%)
Sehingga semalam, seramai 2,852,437 pesakit telah sembuh, 32,125 kes kematian dan 155,673 kes masih aktif.
Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 143,076 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 6,118 ditempatkan di PKRC; 6,292 dimasukkan ke hospital; dan 187 pesakit dirawat di ICU dengan 109 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam bagi seluruh negara adalah pada nilai Rt 1.43, turun berbanding 1.49 semalam.
Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.
Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila melepasi 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.
Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.
Labuan kekal merekodkan nilai Rt tertinggi berbanding negeri lain sebanyak 1.90, turun berbanding 2.14 semalam, diikuti Sarawak (1.61); Sabah (1.60); Pulau Pinang (1.44); dan Perlis (1.43).
Pahang pula mencatat nilai Rt 1.39; Selangor 1.37; masing-masing 1.35 bagi Johor, Kelantan serta Kedah; masing-masing 1.34 bagi Negeri Sembilan serta Terengganu; Putrajaya (1.30); Perak (1.27); Kuala Lumpur (1.22); dan Melaka (1.19).