
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini, 19 Mei 2022.
Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam hari ini (Khamis, 19 Mei 2022) meningkat sedikit berbanding semalam, menurut data Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri.
Dalam tempoh itu sebanyak 2,124 jangkitan baharu dilaporkan, naik 107 kes, berbanding 2,017 yang dicatat pada Rabu.
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak 2020 hingga hari ini meningkat kepada 4,485,419 kes.
Berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan, hanya empat negeri – Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu – mencatat penurunan kes harian hari ini.
Sementara negeri dan Wilayah Persekutuan yang lain mencatat peningkatan, namun nisbahnya adalah kecil berbanding semalam.
Berikut adalah pecahan kes harian dan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga hari ini:
- Selangor – 892 (1,356,504);
- Johor – 62 (383,647);
- Sabah – 56 (371,462);
- Kuala Lumpur – 411 (353,902);
- Sarawak – 58 (306,144);
- Kedah – 70 (299,732);
- Pulau Pinang – 114 (280,004);
- Kelantan – 17 (247,727);
- Negeri Sembilan – 98 (203,732);
- Perak – 125 (202,625);
- Pahang – 40 (171,468);
- Terengganu – 11 (126,102);
- Melaka – 111 (123,446);
- Labuan – 7 (21,394);
- Putrajaya – 46 (20,148); dan
- Perlis – 6 (17,382)