Kes baharu naik lepasi 6,000

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak lagi melepasi angka 6,000 kes, dengan kenaikan sebanyak 389 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu, 6,144 jangkitan baharu dilaporkan, berbanding 5,755 kes semalam.

Angka itu menjadikan kumulatif positif sejak awal tahun lalu sebanyak 2,608,979 kes, dengan sehingga semalam 2,503,427 pesakit disahkan telah sembuh.

Terdahulu beliau memaklumkan kadar kebolehjangkitan atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.99.

Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan kadar kebolehjangkitan tertinggi setakat ini sebanyak Rt 1.18, berdasarkan kes seharian semalam (21 November 2021).

BERITA BERKAIT
POPULAR