
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dan kes sembuh di seluruh negara semalam, 30 Jun 2022.
Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 30 Jun) meningkat lagi berbanding kelmarin apabila merekodkan 2,867 kes, lebih tinggi daripada 2,605 yang dicatatkan pada Rabu.
Individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak kekal menyumbang jumlah kes tertinggi harian apabila mencatat 2,059 kes, diikuti 544 kes (penerima dua dos); 250 kes (individu tidak divaksinasi); dan 14 kes (individu belum lengkap vaksinasi).
Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu mula memasuki negara ini pada Januari 2020 lalu hingga semalam meningkat kepada 4,566,055 kes, dengan seramai 4,500,856 pesakit telah pulih, termasuk 2,145 yang sembuh semalam.
Kes aktif bagaimanapun terus meningkat kepada 29,434 berbanding 28,714 kes pada Rabu, manakala 28,116 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah, bertambah berbanding 27,465 pesakit pada Rabu, dan 26 dimasukkan ke PKRC (22 pada Rabu).
Jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital juga meningkat kepada 1,249 kes berbanding 1,187 kes pada Rabu, manakala 43 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (40 pada Rabu), dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (24 pada Rabu).
Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:
- Selangor – 881 (1,389,262);
- Johor – 79 (386,020);
- Sabah – 154 (374,941);
- Kuala Lumpur – 906 (371,715);
- Sarawak – 68 (307,919);
- Kedah – 63 (301,705);
- Pulau Pinang – 119 (285,323);
- Kelantan – 17 (248,361);
- Negeri Sembilan – 168 (207,736);
- Perak – 143 (206,983);
- Pahang – 50 (172,438);
- Terengganu – 25 (126,643);
- Melaka – 95 (126,074);
- Labuan – 17 (21,501);
- Putrajaya – 72 (21,838); dan
- Perlis – 10 (17,596).
Sementara itu, KKM turut memaklumkan dua pesakit meninggal dunia semalam akibat komplikasi Covid-19, menjadikan kumulatif meningkat kepada 35,765 kes.
Dua kes kematian itu dilaporkan di Selangor.
KKM juga melaporkan satu kluster baharu direkodkan semalam membabitkan Kluster Seri Nanas di Hilir Perak iaitu Kluster Pendidikan.
Kluster itu melibatkan enam pesakit positif Covid-19. Ini menjadikan sehingga semalam, tujuh kluster masih aktif.