Kes baharu naik lagi sedikit

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 14 April 2022), meningkat sedikit lagi berbanding Rabu.

Dalam tempoh itu, sebanyak 10,413 jangkitan baharu dilaporkan, meningkat berbanding 10,052 pada Rabu, menjadikan kumulatif positif kini mencecah 4,363,024 kes.

Sejak awal 2020 hingga semalam, seramai 4,209,858 pesakit telah pulih daripada jangkitan Covid-19, 35,381 kes kematian dilaporkan, dan 117,785 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 114,854 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 366 ditempatkan di PKRC; 2,411 dimasukkan ke hospital; dan 154 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 89 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berdasarkan data dikeluarkan CovidNOW yang dikemas kini jam 6 pagi tadi, lima negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Melaka dan Perlis, merekodkan peningkatan jangkitan harian Covid-19 semalam.

Selangor merekodkan 6,529 jangkitan baharu, berbanding 6,156 kes pada Rabu, menjadikan kumulatif positif keseluruhan sebanyak 1,288,345 kes, dengan 1,212,123 pesakit telah sembuh, 10,596 kes kematian, dan 65,626 kes masih aktif.

Seramai 64,865 pesakit Covid-19 di Selangor menjalani kuarantin di rumah; 72 ditempatkan di PKRC; 648 dimasukkan ke hospital; dan 41 dirawat di ICU, dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Kuala Lumpur merekodkan 888 kes baharu berbanding 716 pada Rabu; Johor (402 kes baharu, 318 Rabu); Melaka (237 kes baharu, 144 Rabu); dan Perlis (23 kes baharu, 16 Rabu).

Berikut adalah pecahan kes baharu dan jumlah kumulatif positif bagi setiap negeri sehingga 14 April 2022:

  • Selangor – 6,529 (1,288,345);
  • Johor – 402 (379,443);
  • Sabah – 122 (369,679);
  • Kuala Lumpur – 888 (339,910);
  • Sarawak – 286 (303,461);
  • Kedah – 238 (296,814);
  • Pulau Pinang – 340 (274,066) ;
  • Kelantan – 95 (246,823);
  • Negeri Sembilan – 506 (197,099);
  • Perak – 401 (196,527);
  • Pahang – 143 (169,624);
  • Terengganu – 167 (124,533);
  • Melaka – 237 (119,730);
  • Labuan – 7 (21,215);
  • Putrajaya – 29 (18,628); dan
  • Perlis – 23 (17,127).

Kes mengikut kategori umur sehingga 13 April 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR