Kes baharu naik lagi, satu kematian

June 24, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 23 Jun 2022) meningkat lagi dua hari berturut-turut kepada 2,796 kes, berbanding 2,425 pada Rabu, menurut rekod Kementerian Kesihatan (KKM).

Sebanyak 209 daripada jumlah kes harian semalam melibatkan kes import.

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 sebanyak 4,549,847 kes – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Vietnam dan Indonesia.

Dalam tempoh itu, seramai 4,486,787 pesakit telah sembuh, termasuk 2,503 yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,097 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; penerima dua dos (501 kes); individu tidak divaksinasi (181 kes); dan penerima belum lengkap vaksinasi (17 kes).

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menujukkan sehingga semalam sebanyak 27,318 kes masih aktif, meningkat berbanding 27,026 kes pada Rabu.

Mereka yang masih menjalani kuarantin di rumah juga naik kepada 26,253 individu berbanding 25,972 pesakit (Isnin), manakala jumlah yang ditempatkan di PKRC meningkat daripada empat pesakit (Rabu) kepada 18 pesakit semalam.

Sementara itu, jumlah individu yang menerima rawatan di hospital akibat Covid-19 sehingga semalam turun sedikit kepada 1,009 berbanding 1,020 kes pada Rabu.

Jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi juga turut meningkat kepada 38 kes, berbanding 30 pada Rabu, dengan 21 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:

  • Selangor – 930 (1,384,505);
  • Johor – 52 (385,553);
  • Sabah – 137 (373,866);
  • Kuala Lumpur – 843 (366,772);
  • Sarawak – 70 (307,580);
  • Kedah – 49 (301,385);
  • Pulau Pinang – 203 (284,258);
  • Kelantan – 29 (248,229);
  • Negeri Sembilan – 156 (206,853);
  • Perak – 123 (206,116);
  • Pahang – 30 (172,174);
  • Terengganu – 8 (126,490);
  • Melaka – 109 (125,589);
  • Labuan – 3 (21,453);
  • Putrajaya – 48 (21,489); dan
  • Perlis – 6 (17,535).

Sementara itu, KKM memaklumkan tiada pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 ketika dalam rawatan di fasiliti kesihatan semalam.

Bagaimanapun, terdapat satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID) di mana ia melibatkan pesakit Covid-19 di Kuala Lumpur.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,742 kes, termasuk 7,581 kes BID.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
30 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
1 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok