
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dan kes sembuh di seluruh negara semalam, 14 Julai 2022.
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 14 Julai 2022) meningkat lagi berbanding kes yang dilaporkan pada Rabu.
Data laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sebanyak 4,098 jangkitan baharu dilaporkan, berbanding 3,934 pada Rabu.
Daripada jumlah itu, 3,037 kes melibatkan individu yang menerima dos penggalak vaksin Covid-19; 705 kes (penerima dua dos); 328 kes (individu tidak divaksinasi); dan 28 kes (individu belum lengkap divaksinasi).
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,608,768 kes, dengan 4,534,019 pesakit telah sembuh, termasuk 2,071 pesakit yang pulih semalam.
Setakat ini, sebanyak 38,913 kes masih aktif, meningkat berbanding 36,894 kes pada Rabu, dengan 37,495 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (35,547 pada Rabu).
Seramai 26 pesakit pula ditempatkan di PKRC; manakala 1,339 dirawat di hospital (1,268 pada Rabu); dan 53 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, termasuk 35 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah pecahan kes harian mengikut negeri dan kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 1,069 (1,403,847);
- Johor – 94 (387,032);
- Kuala Lumpur – 1,485 (384,116);
- Sabah – 181 (377,371);
- Sarawak – 43 (308,557);
- Kedah – 99 (302,463);
- Pulau Pinang – 160 (287,101);
- Kelantan – 56 (248,705);
- Perak – 274 (210,086);
- Negeri Sembilan – 276 (210,002);
- Pahang – 80 (173,096);
- Melaka – 142 (127,229);
- Terengganu – 24 (126,892);
- Putrajaya – 95 (22,938);
- Labuan – 9 (21,618); dan
- Perlis – 11 (17,715).
Sementara itu, KKM juga memaklumkan lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).
Ini menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,836 kes, termasuk 7,600 kes BID.
Tiga daripada kes kematian semalam direkodkan di Kedah, dan masing-masing satu di Johor, Perak, Sarawak, Kuala Lumpur dan Putrajaya.