
Data kes sehingga 13 Disember 2022.
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 13 Disember 2022) meningkat semula melebihi 1,000, selepas dua hari sahaja mencatat kes harian tiga angka.
Semalam sebanyak 1,040 kes baharu dilaporkan berbanding 809 yang dicatat pada Isnin dan 867 pada Ahad – terendah sejak merekodkan 941 kes pada 29 Mac 2021, menurut data terbaharu Kementerian Kesihatan (KKM).
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,012,483 kes dengan 4,958,158 pesakit telah sembuh, termasuk 1,456 yang pulih semalam.
Dalam tempoh semalam juga sebanyak 687 kes melibatkan individu yang telah menerima vaksin dos penggalak; diikuti 223 kes individu lengkap divaksinasi; lima kes (individu belum lengkap divaksinasi); dan 125 (individu tidak divaksinasi).
Rekod KKM juga menunjukkan sebanyak 17,547 kes masih aktif, dengan 16,378 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah. Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, seramai 1,100 pesakit menerima rawatan di hospital dan 69 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Seramai 52 pesakit ICU memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 335 (1,539,642)
- Kuala Lumpur – 89 (464,953)
- Sabah – 47 (406,075)
- Johor – 29 (397,425)
- Sarawak – 111 (322,350)
- Kedah – 73 (317,270)
- Pulau Pinang – 50 (306,033)
- Kelantan – 52 (259,446)
- Perak – 31 (237,863)
- Negeri Sembilan – 43 (230,074)
- Pahang – 34 (181,980)
- Melaka – 62 (143,309)
- Terengganu – 23 (132,507)
- Putrajaya – 53 (31,789)
- Labuan – 4 (22,867)
- Perlis – 4 (18,900).
Sementara itu, seramai sembilan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, dengan tiga daripadanya melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 meningkat kepada 36,778 mangsa, termasuk 7,836 kes BID.
Tiga daripada jumlah kematian itu berlaku di Selangor, termasuk satu BID; diikuti dua kes di Pahang; dan masing-masing satu kes di Johor (BID); Melaka; Sarawak (BID); dan Kuala Lumpur.