Kes baharu naik, 7 kematian

September 8, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 2,428 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 7 September 2022), meningkat sedikit berbanding 2,067 yang direkodkan pada Selasa.

Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,797,437 kes, dengan 4,734,099 pesakit telah sembuh, termasuk 2,673 pesakit pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,735 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 474 kes (penerima dua dos); 208 (individu tidak divaksinasi); dan 11 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 27,076 kes masih aktif, turun sedikit berbanding 27,328 yang dicatat pada Selasa.

Jumlah itu termasuk, 25,650 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (25,953 pada Selasa); dan 18 ditempatkan di PKRC (19 pada Selasa).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital naik kepada 1,341 semalam, berbanding 1,277 pesakit pada Selasa, manakala 67 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (69 pada Selasa), dengan 38 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (40 pada Selasa).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 868 (1,464,864);
  • Kuala Lumpur – 429 (428,853);
  • Johor – 72 (392,452);
  • Sabah – 169 (391,170);
  • Sarawak – 111 (313,533);
  • Kedah – 101 (308,201);
  • Pulau Pinang – 96 (295,463);
  • Kelantan – 56 (252,413);
  • Perak – 194 (223,944);
  • Negeri Sembilan – 102 (220,004);
  • Pahang – 58 (176,561);
  • Melaka – 80 (133,730);
  • Terengganu – 36 (129,016);
  • Putrajaya – 42 (26,770);
  • Labuan – 3 (22,175); dan
  • Perlis – 11 (18,271).

KKM juga memaklumkan tujuh pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Dua daripada kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Johor serta Selangor (satu BID), dan masing-masing satu di Pahang (BID), Perak dan Sabah.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,262 kes, termasuk 7,708 kes BID.

KKM juga memaklumkan satu lagi kluster baharu Covid-19 dilaporkan semalam melibatkan kategori pendidikan. Kluster Jalan Kemas Seri Iskandar di Perak Tengah melibatkan 16 kes.

Sejak 2020 lalu sebanyak 7,070 kluster Covid-19 dikesan dengan sehingga kini 21 kluster sahaja yang masih aktif, manakala selebihnya telah ditamatkan.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
2 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
2 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
8 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
9 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
49 minit lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok