
Data sehingga 4 Januari 2023.
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 4 Januari 2023) meningkat semula kepada 433 kes, berbanding 333 yang dicatat pada Selasa, menurut data laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.
Bagaimanapun, KKM tidak memberi pecahan jumlah kes semalam yang melibatkan varian baharu Omicron BA.5.2 dan BF.7. Kedua-dua varian Covid-19 itu yang mendominasi 80 peratus daripada jangkitan di China, telah dikesan di Malaysia sehingga 31 Disember 2022 lalu.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 287 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 87 (individu yang lengkap divaksinasi); tiada kes (individu belum lengkap divaksinasi); dan 59 kes (individu tidak divaksinasi).
Jangkitan semalam, turut melibatkan 33 kanak-kanak, meningkat berbanding 26 yang dicatatkan pada Selasa.
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,028,223 dengan 4,979,668 pesakit telah sembuh, termasuk 500 yang pulih semalam.
Sementara itu, KKM juga memaklumkan sehingga semalam 11,696 kes masih aktif, turun lagi berbanding 11,763 yang dilaporkan pada Selasa, manakala 11,084 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (11,109 pada Isnin). Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, seramai 581 pesakit menerima rawatan di hospital, turun semula berbanding 622 yang direkodkan pada Selasa.
Seramai 31 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (32 pada Selasa), dengan 21 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (20 pada Selasa).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 124 (1,545,528);
- Kuala Lumpur – 53 (466,619);
- Sabah – 12 (406,601);
- Johor – 20 (397,853);
- Sarawak – 49 (323,733);
- Kedah – 31 (318,180);
- Pulau Pinang – 20 (307,036);
- Kelantan – 25 (259,907);
- Perak – 18 (238,558);
- Negeri Sembilan – 11 (230,611);
- Pahang – 19 (182,424);
- Melaka – 29 (144,345);
- Terengganu – 6 (132,760);
- Putrajaya – 13 (32,184);
- Labuan – 0 (22,919); dan
- Perlis – 3 (18,965).
Sementara itu, tiada pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, sekali gus menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 kekal kepada 36,859 mangsa, termasuk 7,854 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Kali terakhir Malaysia tidak merekodkan kematian akibat komplikasi Covid-19 ialah pada 25 Disember 2022 lalu.