
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dan kes sembuh di seluruh negara semalam, 13 Julai 2022.
Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam (Rabu, 13 Julai) meningkat semula kepada 3,934 kes berbanding 2,345 kes yang dicatat pada Selasa, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.
Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,928 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; 731 kes (penerima dua dos); 265 kes (individu tidak divaksinasi); dan 10 kes (individu belum lengkap divaksinasi).
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,604,670 kes, dengan 4,531,948 pesakit telah sembuh, termasuk 2,747 pesakit yang pulih semalam.
Setakat ini, sebanyak 36,894 kes masih aktif, dengan 35,547 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 26 ditempatkan di PKRC; 1,268 dirawat di hospital; dan 53 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, termasuk 30 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah pecahan kes harian mengikut negeri dan kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 1,321 (1,402,778);
- Johor – 51 (386,938);
- Kuala Lumpur – 1,260 (382,631);
- Sabah – 241 (377,190);
- Sarawak – 56 (308,514);
- Kedah – 79 (302,364);
- Pulau Pinang – 161 (286,941);
- Kelantan – 29 (248,649);
- Perak – 207 (209,812);
- Negeri Sembilan – 174 (209,726);
- Pahang – 72 (173,016);
- Melaka – 110 (127,087);
- Terengganu – 33 (126,868);
- Putrajaya – 111 (22,843);
- Labuan – 15 (21,609); dan
- Perlis – 14 (17,704).
Pada masa sama KKM juga memaklumkan sembilan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).
Ini menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,828 kes, termasuk 7,598 kes BID.
Kes kematian semalam dilaporkan masing-masing dua di Melaka, Perak dan Selangor, manakala masing-masing satu kes di Johor, Pahang, dan Pulau Pinang.