Kes baharu melonjak semula, Sarawak kekal teratas

September 30, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak semula dengan tujuh negeri turut merekodkan peningkatan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam itu 12,735 jangkitan baharu dilaporkan berbanding 12,434 kes dalam tempoh sama semalam.

Beliau berkata angka terbaharu itu menjadikan kumulatif keseluruhan sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada awal tahun lalu sehingga hari ini meningkat kepada 2,245,695 kes.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, tujuh negeri yang merekodkan peningkatan ialah Selangor, Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang, Perlis, dan Putrajaya.

Selangor kembali merekodkan 1,940 kes hari ini berbanding 1,362 semalam dan kelmarin – naik tiga hari berturut-turut.

Ini diikuti Kelantan yang merekodkan 1,232 kes hari ini berbanding 1,125 semalam; Kedah (1,033 hari ini, 652 semalam); Terengganu (726 hari ini, 612 semalam); Pahang (697 hari ini, 663 semalam); Perlis (97 hari ini, 79 semalam); dan Putrajaya (28 kes hari ini, 18 kes semalam).

Sarawak walaupun merekodkan penurunan kes hari ini namun kekal sebagai negeri tertinggi mencatat jangkitan iaitu sebanyak 2,487 kes berbanding 2,967 semalam.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Pembukaan sempadan: Kesesakan lalu lintas dijangka di Johor Bahru esok
March 31, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
11 jam lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022 · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok