
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dan kes sembuh di seluruh negara semalam, 6 Julai 2022.
Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam (Rabu, 6 Julai 2022) melonjak melepasi 3,000 kes, dengan lima lagi kematian direkodkan di empat negeri.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan dalam tempoh 24 jam semalam sebanyak 3,561 jangkitan baharu direkodkan, meningkat mendadak berbanding 2,932 kes pada Selasa.
Data laman sesawang Github KKM juga menunjukkan, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,585 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.
Ia diikuti dengan 654 kes melibatkan penerima dua dos; 296 kes (individu yang tidak divaksinasi); dan 26 kes (individu belum lengkap divaksinasi).
KKM memaklumkan jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,582,302 kes, dengan 4,514,970 pesakit telah sembuh, termasuk 2,035 yang pulih semalam.
Sehingga semalam juga, sebanyak 31,540 kes masih aktif, meningkat berbanding 30,019 kes pada Selasa, dengan 30,290 pesakit masih menjalani kuarantin (28,709 pada Selasa); dan 26 ditempatkan di PKRC (30 pada Selasa).
Jumlah pesakit yang mendapat rawatan di hospital bagaimanapun turun kepada 1,184 individu berbanding 1,238 pada Selasa, sementara 40 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (42 pada Selasa), dengan 23 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:
- Selangor – 1,341 (1,394,796);
- Johor – 72 (386,441);
- Sabah – 196 (375,827);
- Kuala Lumpur – 994 (376,375);
- Sarawak – 55 (308,170);
- Kedah – 51 (301,998);
- Pulau Pinang – 119 (286,031);
- Kelantan – 37 (248,494);
- Negeri Sembilan – 160 (208,570);
- Perak – 243 (208,222);
- Pahang – 38 (172,684);
- Terengganu – 17 (126,750);
- Melaka – 97 (126,491);
- Putrajaya – 123 (22,281);
- Labuan – 7 (21,541); dan
- Perlis – 11 (17,641).
Sementara itu, daripada lima pesakit yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, dua daripadanya melibatkan kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 meningkat kepada 35,792 kes, termasuk 7,589 kes BID.
Dua daripada kematian itu dilaporkan di Selangor dan masing-masing satu kes di Pahang, Sarawak, dan Kuala Lumpur.
Sementara itu, 11 kluster Covid-19 dilaporkan masih aktif di lima negeri dan Wilayah Persekutuan, yang melibatkan pendidikan, kumpulan berisiko tinggi dan tempat kerja.