Kes baharu melonjak lepasi 6,000

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak semula melepasi 6,000 kes, berbanding tempoh sama semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 6,288 kes direkodkan, berbanding 5,413 kes dalam tempoh sama semalam.

Menurutnya jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif kes positif sejak awal tahun lalu meningkat kepada 2,563,153 kes.

Bagaimanapun, sehingga semalam seramai 2,461,780 pesakit telah sembuh.

Sejak awal tahun lalu hingga semalam 29,769 kes kematian akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan di seluruh negara, termasuk 6,024 pesakit yang meninggal dunia sebelum sempat diberi rawatan perubatan atau dikategorikan kes ‘brought in death’ (BID).

Menurut KKM sehingga kini 65,316 kes aktif dilaporkan, termasuk 50,765 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 8,217 ditempatkan di PKRC; 5,789 dimasukkan ke hospital; dan 545 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 264 memerlukan alat bantuan pernafasan.

BERITA BERKAIT
POPULAR