Kes baharu melonjak lepasi 5,000, kadar jangkitan membimbangkan

January 27, 2022 · Isu semasa

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari tadi melonjak tinggi melepasi angka 5,000 susulan penularan meluas dalam kalangan institusi pendidikan sejak awal Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 5,439 kes baharu direkodkan berbanding 4,744 yang dicatat semalam.

Angka itu menjadikan kumulatif positif sejak awal 2020 lalu meningkat kepada 2,850,408 kes, katanya.

Sehingga semalam, seramai 2,766,254 pesakit telah sembuh, manakala 31,930 kes kematian akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan.

Sementara itu, menurut perkongsian dalam laman Facebooknya kadar kebolehjangkitan atau Ro/Rt bagi seluruh negara pada jangkaan kes harian semalam semakin membimbangkan apabila melonjak kepada 1.13 Rt berbanding 1.09 pada Selasa.

Malaysia menggunakan ukuran kadar kebolehjangkitan atau nilai R-naught (Rt) bagi menentukan berapa cepat virus Covid-19 boleh merebak. Dalam kata lain jumlah individu yang positif dijangkiti secara purata oleh seorang kes positif.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Namun menurut pakar kesihatan, kadar kebolehjangkitan berapa pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.

Berdasarkan perkongsian Dr Noor Hisham, hampir semua negeri mencatat nilai Rt melebihi 1.00, kecuali Terengganu (0.85) manakala Labuan, Sarawak dan Perlis merekodkan satu, 13, dan 17 kes.

Negeri Sembilan kekal mencatat nilai Rt tertinggi sebanyak 1.18, meningkat berbanding 1.13 kelmarin, diikuti Kedah (1.14); Johor (1.12); masing-masing 1.07 bagi Selangor serta Kuala Lumpur; Melaka (1.06); Kelantan (1.04); manakala Sabah, Pulau Pinang dan Pahang (1.02); Putrajaya (1.01); dan Perak (1.00).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok