Kes baharu lepasi 10,000, tertinggi sejak Oktober 2021

February 6, 2022 · Isu semasa

Graf jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, terus menegak dengan mencatatkan kes melebihi 10,000 berbanding semalam, ketika Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berharap orang ramai tidak panik.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 10,089 kes baharu direkodkan berbanding 9,117 kes semalam.

Beliau berkata jumlah terbaharu itu menjadikan kes positif terkumpul sejak Covid-19 mula menular di negara ini awal tahun lalu sebanyak 2,914,220 kes.

Kali terakhir negara merekodkan kes harian melepasi 10,000 adalah pada 2 Oktober 2021 apabila mencatat 10,912 kes.

Sebelum ini, Khairy meminta orang ramai tidak panik dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dalam masa terdekat, memandangkan Kementerian Kesihatan (KKM) sudah bersiap-sedia menanganinya.

Menurutnya KKM akan memantau situasi terkini jangkitan Covid-19 dan menyifatkan peningkatan kes tersebut berikutan varian Omicron yang lebih pantas menular.

Khairy memberi gambaran sama yang akan berlaku di Malaysia sebagaimana di Singapura apabila negara republik itu mencatatkan 4,297 kes baharu pada 3 Februari lalu tetapi jumlah itu naik sehingga ke 13,208 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 5 Februari 2022 untuk seluruh negara, turut melonjak tinggi kepada 1.20, berbanding 1.13 sehari sebelumnya.

Semua negeri dan Wilayah Persekutuan, kecuali Labuan, mencatat Rt melebihi 1.00 dengan kadar kebolehjangkitan di Perlis kini naik daripada Rt 1.33 kelmarin kepada 1.49 semalam.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.

Menurut statistik dikongsi Dr Noor Hisham, kadar kebolehjangkitan di Sabah adalah pada nilai Rt 1.41 diikuti Putrajaya 1.29; Kedah (1.22); Selangor (1.19); masing-masing 1.17 bagi Pulau Pinang dan Sarawak; Johor (1.16); Pahang (1.14); Terengganu (1.13); Kuala Lumpur (1.12); Melaka (1.11); masing-masing 1.10 bagi Negeri Sembilan dan Perak; dan Kelantan (1.08).

Sejak awal 2020 lalu hingga semalam seramai 2,806,154 pesakit telah sembuh, manakala 32,025 kes kematian dilaporkan di seluruh negara, dan 65,952 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 57,895 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 4,205 ditempatkan di PKRC; 3,729 dimasukkan ke hospital; dan 123 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 67 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Golongan berisiko digalakkan memakai pelitup muka
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
PRU musim hujan, banjir: Pembayar cukai kena tambah lagi RM1 bilion
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
12 minit lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
21 minit lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
34 minit lalu · Isu semasa
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
2 jam lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok