Kes baharu kembali turun

January 14, 2022 · Isu semasa

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun semula, tatkala kadar kebolehjangkitan bagi seluruh negara pada jangkaan mengikut kes semalam mencapai nilai Rt 1.0.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu, sebanyak 3,346 jangkitan baharu dikesan, berbanding 3,684 kes yang dicatat semalam.

Beliau berkata angka itu menjadikan jumlah terkumpul kes positif sebanyak 2,802,263, termasuk lebih 12,403 kes import.

Sehingga semalam, sebanyak 2,726,891 pesakit disahkan sembuh, dan 31,750 kematian, manakala kes aktif meningkat semula kepada 40,276 kes.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 33,075 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,660 ditempatkan di PKRC; 3,343 dimasukkan ke hospital; dan 198 pesakit dirawat di ICU dengan 93 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 Januari 2022 untuk seluruh negara adalah 1.0.

Enam negeri merekodkan nilai Rt melebihi 1.00 iaitu Kuala Lumpur dengan Rt 1.08, diikuti Sabah (1.07); Putrajaya (1.05); Melaka (1.02); Negeri Sembilan (1.01); dan Selangor (1.00).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia di landasan tepat catat KDNK hingga 6.3%: Tengku Zafrul
5 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
12 minit lalu · Isu semasa
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
21 minit lalu
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok