
Sejak Januari 2020 hingga semalam (16 Julai 2022) Malaysia mencatat 4,619,045 kes positif Covid-19, ketiga tertinggi dalam kelangan negara-negara Asean selepas Vietnam dan Indonesia. - Gambar EPA
Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 16 Julai 2022) turun sedikit berbanding Jumaat, namun kekal melepasi angka 5,000 kes, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Data laman sesawang CovidNOW KKM menunjukkan dalam tempoh itu, 5,047 jangkitan baharu direkodkan berbanding 5,230 kes pada Jumaat.
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu mula melanda Malaysia pada Januari 2020 meningkat kepada 4,619,045 kes, dengan 4,540,716 pesakit telah sembuh, termasuk 3,770 yang pulih semalam.
Daripada jumlah jangkitan harian semalam, 3,716 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 920 kes (penerima dua dos); 380 kes (individu tidak divaksinasi); dan 31 kes (individu belum lengkap vaksinasi).
Berdasarkan rekod CovidNOW, kes aktif kini meningkat kepada 42,481 berbanding 41,208 yang dicatat pada Jumaat, dengan 40,923 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (39,703 (Jumaat).
Seramai 39 pesakit ditempatkan di PKRC (30 pada Jumaat), manakala 1,459 pesakit dirawat di hospital (1,411 pada Jumaat); dan 60 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (64 pada Jumaat), dengan 34 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (44 pada Jumaat).
Berikut adalah pecahan kes harian mengikut negeri dan kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 1,925 (1,407,649);
- Johor – 73 (387,212);
- Kuala Lumpur – 1,365 (387,065);
- Sabah – 274 (377,906);
- Sarawak – 74 (308,699);
- Kedah – 113 (302,652);
- Pulau Pinang – 265 (287,585);
- Kelantan – 37 (248,790);
- Perak – 306 (210,791);
- Negeri Sembilan – 276 (210,514);
- Pahang – 56 (173,222);
- Melaka – 128 (127,497);
- Terengganu – 22 (126,937);
- Putrajaya – 116 (23,156);
- Labuan – 8 (21,638); dan
- Perlis – 9 (17,732);
Sementara itu, KKM juga memaklumkan empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).
Ini menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,848 kes, termasuk 7,602 kes BID.
Kes kematian itu melibatkan tiga di Selangor; dan satu di Negeri Sembilan.