Kes baharu kekal melebihi 9,000

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi kekal melebihi 9,000, susulan saringan bersasar yang dilakukan di beberapa lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 9,105 kes baharu dilaporkan menjadikan kumulatif sebanyak 836,296 kes.

Beliau berkata Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal merekodkan kes tertinggi dengan masing-masing mencatat 4,682 dan 1,247 kes.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), sembilan negeri dan wilayah menunjukkan peningkatan kes baharu, termasuk Sabah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Kedah, dan Labuan.

Sejak beberapa hari lalu kes baharu meningkat susulan saringan bersasar dan menyeluruh secara besar-besaran khususnya di negeri dan wilayah yang dikenakan PKPD.

Semalam, kes baharu yang dilaporkan adalah sebanyak 9,353 kes berbanding 9,180 kes kelmarin.

BERITA BERKAIT
POPULAR