Jangkitan baharu Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 4,262 kes, menurut laporan Kementerian Kesihatan (KKM).
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 terkini meningkat kepada 2,663,034.
Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam tujuh hari lalu, atau sejak 29 Nov.
Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lalu juga menurun sebanyak 5.2 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.