Kes baharu jangkitan Covid-19 turun sedikit

Jangkitan baharu melibatkan Covid-19 kekal di bawah paras 5,000 iaitu sejumlah 4,701 kes dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan sehingga kini kes Covid-19 di negara ini meningkat kepada 2,501,966 kes.

Katanya, jumlah kes Covid-19 direkodkan hari ini terus menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu sebanyak 4,922 kes.

BERITA BERKAIT
POPULAR