Kes baharu harian kekal di bawah 5,000

Data 22 Jun 2021

Kes harian baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi masih merekodkan di bawah paras 5,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hari ini sebanyak 4,743 kes positif baharu dicatatkan dengan Selangor merekodkan 1,566 kes.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 635 kes, Negeri Sembilan (585 kes), dan Sarawak (507 kes), katanya dalam kenyataan hari ini.

 

POPULAR