
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam, 2 Jun 2022.
Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini (Khamis, 2 Jun 2022), meningkat sedikit berbanding semalam, namun masih di bawah paras 2,000 kes.
Dalam tempoh 24 jam semalam sebanyak 1,877 jangkitan baharu dikesan, meningkat berbanding 1,809 kes yang dicatat pada Rabu.
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,510,196 kes.
Daripada jumlah jangkitan baharu hari ini, 1,332 kes melibatkan individu yang telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19; 384 kes (penerima dua dos); 151 kes (tidak menerima vaksinasi); dan 10 kes (menerima satu dos).
Selangor kekal mencatat kes tertinggi hari ini apabila merekodkan 886 jangkitan menjadikan kumulatif positif sebanyak 1,367,812.
Berikut adalah pecahan kes baharu mengikut negeri hari ini dan jumlah kumulatif positif sejak 2020:
- Selangor – 886 (1,367,812);
- Johor – 42 (384,422);
- Sabah – 32 (372,154);
- Kuala Lumpur – 315 (358,043);
- Sarawak – 14 (306,672);
- Kedah – 46 (300,459);
- Pulau Pinang – 125 (281,576);
- Kelantan – 14 (247,887);
- Negeri Sembilan – 121 (205,125);
- Perak – 141 (204,004);
- Pahang – 17 (171,734);
- Terengganu – 7 (126,252);
- Melaka – 55 (124,479);
- Labuan – 1 (21,421);
- Putrajaya – 57 (20,720); dan
- Perlis – 4 (17,436).
Sementara itu, dua lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 hari ini, iaitu masing-masing dicatatkan di Johor dan Kedah.
Ini menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,680 kes.
Sehingga semalam (1 Jun), seramai 4,449,593 pesakit telah sembuh, manakala 23,048 kes lagi masih aktif.
Seramai 22,052 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 25 ditempatkan di PKRC; 945 dimasukkan ke hospital; dan 26 dirawat di unit rawatan rapi dengan 16 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.