Kes baharu hari ini lebih 26,200, jangkitan di lapan negeri naik

February 17, 2022 · Isu semasa

Sekurang-kurangnya lapan negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini merekodkan peningkatan jangkitan harian, ketika kes baharu keseluruhan masih melepasi angka 26,000 kes.

Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi lebih 26,254 jangkitan baharu dilaporkan – kedua tertinggi sejak Covid-19 mula menular di negara ini awal 2020 lalu – menurut statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri, malam ini.

Semalam negara merekodkan jangkitan harian tertinggi sejak awal 2020 sebanyak 27,831 kes.

Angka terbaharu hari ini tidak termasuk Labuan, menjadikan kumulatif positif sebanyak 3,137,768 kes, dengan sehingga semalam seramai 2,876,450 pesakit telah sembuh, dan 32,201 kes kematian.

Bagi kes hari ini, Kedah mencatat peningkatan jangkitan harian daripada 2,961 kes semalam kepada 3,243 kes hari ini, menjadikan kumulatif positif di negeri itu sebanyak 204,718 kes.

Daripada jumlah kes baharu di Kedah itu, 958 kes dilaporkan di daerah Kota Setar, diikuti Kuala Muda (680); Kubang Pasu (547); Kulim (364); Baling (178); Sik (136); Langkawi (105); Pendang (95); Padang Terap (80); Yan (66); dan Bandar Baharu (34 kes).

Sehingga semalam, 180,739 pesakit Covid-19 di Kedah telah sembuh, 2,206 meninggal dunia, dan 18,530 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 17,867 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 340 ditempatkan di PKRC; 307 dimasukkan ke hospital; dan 16 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan tujuh daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam juga seramai 1,578,772 atau 72.0 peratus daripada populasi di Kedah telah lengkap divaksinasi, manakala 1,611,600 atau 73.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 632,614 atau 40,7 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Sementara itu, Johor turut merekodkan peningkatan jangkitan harian hari ini apabila mencatat 2,856 kes baharu berbanding 2,608 semalam, diikuti Pahang (1,096 kes baharu, 948 semalam).

Melaka pula merekodkan 720 kes baharu berbanding 596 semalam; Terengganu (515 kes baharu, 465 semalam); Perak (486 kes baharu, 423 semalam); Perlis (285 kes baharu, 114 semalam); dan Putrajaya (183 kes baharu, 143 semalam).

Dari segi jumlah kes harian, Selangor kekal merekodkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 5,858 kes, turun berbanding 6,647 kes semalam.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
22 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok