Kes baharu hampiri 7,000, Selangor, KL tertinggi

Jumlah kes baharu Civid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi kembali meningkat apabila hari ini merekodkan 6,988 kes berbanding 6,276 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes sejak pandemik Covid-19 melanda negara kini mencecah 758,967 kes.

Beliau berkata Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus merekod peningkatan tertinggi apabila masing-masing mencatatkan 2,885 dan 988 kes.

BERITA BERKAIT
POPULAR