Kes baharu hampir 23,000, 10 negeri catat peningkatan jangkitan

August 19, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak lagi mencapai hampir 23,000 kes, meningkat tiga hari berturut-turut, tatkala kerajaan melonggarkan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 22,948 jangkitan baharu direkodkan menjadikan kumulatif sejak pandemik melanda negara awal tahun lalu kepada hampir 1.49 juta kes.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, 10 negeri merekodkan peningkatan kes membabitkan Selangor, Sabah, Perak, Pahang, Melaka, Kedah, Johor, Labuan, Putrajaya dan Terengganu.

Jangkitan baharu melonjak di Selangor dengan 7,175 kes baharu direkodkan berbanding 6,858 kes semalam, manakala Kedah pula merekodkan 2,137 jangkitan hari ini berbanding 1,852 semalam.

Sabah mencatatkan 2,583 kes baharu hari ini berbanding 2,413 semalam; Perak dengan 1,229 kes baharu (1,036 semalam); Pahang (736 hari ini, 675 semalam); Melaka (737 hari ini, 579 semalam); Johor (1,526 hari ini, 1,477 semalam), Labuan (9 hari ini, 5 semalam); Putrajaya (26 hari ini, 25 semalam); dan Terengganu (621 hari ini, 487 semalam).

8 Ogos lalu kerajaan mengumumkan beberapa kelonggaran sekatan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin Covid-19, termasuk membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri, serta makan di restoran. Semua kelonggaran itu perlu mematuhi syarat-syarat ketat.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran semua kelonggaran itu akan dibatalkan jika berlakunya ketidakpatuhan terhadap garis panduan serta prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
October 3, 2022
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
October 3, 2022
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
8 jam lalu · Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
9 jam lalu · Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
9 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
8 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok