
Data 27 Julai 2021
Kes positif harian Covid-19 di semua negeri kecuali Perlis, Perak, Kedah dan Johor, meningkat dalam tempoh 24 jam sehingga jam 12 tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 16,117 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara menjadikan kumulatif 1,044,071 kes.
Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terus menjadi titik panas penularan wabak Covid-19 di Malaysia apabila merekodkan 9,195. Selangor mencatatkan angka tertinggi dengan 6,616 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,457), dan Putrajaya (122).
Kes hari ini adalah yang kedua tertinggi setelah 17,045 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam pada 25 Julai lalu.

Data 27 Julai 2021