[KEMAS KINI] 6,775 kes sembuh, 82 kematian

Data 25 Jun 2021

Sebanyak 82 kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan keseluruhannya sejak pandemik melanda negara Mac tahun lalu kepada 4,803 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 60,117 kes masih aktif dengan 870 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi, dan 433 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Beliau berkata dalam tempoh sama juga jumlah kes sembuh turut meningkat iaitu 6,775 kes yang dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 657,739.

Sebelum ini beliau berkata Selangor kembali merekodkan kes tertinggi baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam apabila mencatatkan 2,187 kes, diikuti Kuala Lumpur (771) dan Sarawak (673).

Beliau berkata dalam tempoh itu 5,812 kes baharu dicatatkan di seluruh negara, menjadikan kumulatif kes sebanyak 722,659.

“Sebanyak 32 daripada kes baharu itu membabitkan kes import dan 5,780 lagi kes penularan tempatan,” katanya.

Berdasarkan kenyataan yang diberi, 10 negeri dan wilayah mencatatkan penurunan dalam jangkitan baharu hari ini.

Data 25 Jun 2021

POPULAR