Seramai 5,911 individu dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kes kumulatif sebanyak 691,115 setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka kes di Selangor mencatat kenaikan semula dengan 2,111 kes positif baharu berbanding beberapa hari lalu.
Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan didapati lapan negeri merekodkan kenaikan kes positif baharu, manakala Perlis tidak mencatatkan apa-apa kes baharu.