Kes baharu di Selangor kembali lepasi 1,000, hampiri kumulatif 800,000

January 13, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian di Selangor kembali melepasi angka 1,000 dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari tadi, semakin mendekati kumulatif positif sebanyak 800,000 kes sejak wabak Covid-19 mula menular di negara ini awal 2020 lalu.

Menurut statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri (JKN) malam ini, negeri ‘hotspots’ Covid-19 itu merekodkan 1,083 jangkitan baharu, berbanding 935 kes yang dicatat semalam.

Ini juga adalah kali pertama Selangor merekodkan jumlah kes harian empat angka sejak 1 Januari lalu, menjadikan kes positif terkumpul sebanyak 797,030, termasuk 2,832 kes import.

Sehingga semalam, seramai 775,528 pesakit Covid-19 di Selangor disahkan sembuh, 10,006 meninggal dunia, manakala 10,413 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 8,596 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 992 ditempatkan di PKRC; 786 dimasukkan ke hospital; dan 39 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berdasarkan taburan kes mengikut kumpulan umur di Selangor dalam tempoh Isnin hingga Rabu, sebanyak 27.0 peratus melibatkan individu berusia 18 hingga 29 tahun; 24.2 peratus (30-39 tahun); 13.0 peratus (40-49 tahun); 9.0 peratus (50-59 tahun); 8.2 peratus (5-11 tahun); 6.6 peratus (60-69 tahun); 4.8 peratus (0-4 tahun); 4.0 peratus (12-17 tahun); 2.6 peratus (70-79 tahun); dan 0.7 peratus (80 tahun ke atas).

Jumlah kes berkaitan Covid-19 di negara-negara ASEAN sehingga 13 Januari 2022.

Sehingga semalam, 94.4 peratus atau 4,777,586 populasi di negeri itu telah lengkap divaksinasi, 95.6 atau 4,846,253 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 31.0 atau 2,028,209 individu dewasa menerima dos penggalak.

Negeri itu turut mencatat 53 kluster aktif daripada 1,317 kluster yang dikesan setakat ini, dengan 33 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja.

Sementara itu, lapan lagi negeri dan Wilayah Persekutuan turut merekodkan peningkatan kes harian dalam tempoh 24 jam itu.

Statistik JKN menunjukkan Johor merekodkan 456 kes baharu berbanding 417 semalam, diikuti Kelantan (279 kes baharu, 197 semalam); dan Pahang (253 kes baharu, 210 semalam).

Sementara jangkitan di Melaka melonjak sebanyak 169, menjadi 245 kes baharu, berbanding 76 yang direkodkan semalam, diikuti Kedah (185 kes baharu, 183 semalam); Negeri Sembilan (158 kes baharu, 106 semalam); Perak (153 kes baharu, 141 semalam); dan Labuan (18 kes baharu, sembilan semalam).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Skandal LCS: Duit hangus kapal tak sampai, kata Fahmi kepada Najib
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
8 jam lalu · Isu semasa
RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap
8 jam lalu · Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
9 jam lalu · Isu semasa
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok