Kes baharu di Negeri Sembilan, Kedah naik mendadak

Data 12 Julai 2021

Sebanyak 8,574 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan jumlah kumulatif kepada 844,870 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata lapan negeri merekodkan peningkatan berbanding semalam, sementara Selangor walaupun mencatatkan penurunan tetapi kekal tertinggi iaitu 4,308 kes (4,682 kes semalam).

Lapan negeri yang merekodkan peningatan ialah Negeri Sembilan sebanyak 794 kes diikuti Kedah (415); Melaka (411); Johor (407); Pahang (314); Sabah (298); Terengganu (140); dan Labuan (66).

Semalam, 9,105 kes baharu dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam, susulan saringan bersasar yang dilakukan di beberapa lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

POPULAR