Kes baharu di Langkawi naik lagi, satu kematian dilapor hari ini

October 1, 2021 · Isu semasa

Jumlah kes harian Covid-19 di Langkawi meningkat dua hari berturut-turut, dengan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi 66 kes baharu direkodkan berbanding 54 kes semalam.

Satu kematian membabitkan pesakit wanita berusia 61 tahun yang mempunyai sejarah komorbid juga dilaporkan hari ini.

Mengikut statistik dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi (PKDLangkawi), tiga mukim mencatat lonjakan kes baharu dengan Bohor merekodkan 20 jangkitan hari ini berbanding lima kes yang dicatat semalam.

Mukim Padang Matsirat pula merekodkan 17 jangkitan baharu berbanding 10 kes semalam, manakala Kedawang mencatat sembilan kes baharu (tiga kes semalam).

Pesakit baharu yang dikesan termasuk, 28 kes menerusi saringan kontak rapat, saringan bergejala (25) dan satu saringan kendiri. Sehingga kini, pulau peranginan itu merekodkan 412 kes aktif.

Sejak awal tahun lalu hingga hari ini sebanyak 5,283 kes positif dilaporkan di Langkawi dengan 4,801 pesakit telah sembuh, manakala 70 pesakit meninggal dunia.

Berdasarkan rekod PKDLangkawi, tiada jangkitan baharu hari ini membabitkan pelancong yang mengunjungi pulau berkenaan.

Pulau peranginan popular itu dibuka semula menerusi Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi bermula 16 September lalu dengan ribuan pelancong dalam dan luar negara mula berkunjung ke gugusan 99 pulau itu untuk beristirahat.

Pihak berkuasa khususnya melalui Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan syarat ketat kepada pelancong yang ingin masuk ke Langkawi, termasuk mesti melengkapkan vaksinasi masing-masing.

Semalam, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo mengesahkan terdapat satu kes pelancong luar positif Covid-19 di Langkawi membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun.

Kanak-kanak berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu tiba di pulau peranginan berkenaan pada 24 September bersama ibu bapanya, dan mulai demam sehari kemudian sebelum disahkan positif Covid-19 pada 26 September.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Bentang kertas putih skandal kapal tempur tak siap, duit rakyat lesap
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok