Kes baharu di KL, Kedah, Sabah dan Johor naik mendadak

August 12, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak lagi ke paras tertinggi iaitu sebanyak 21,668 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menjadikan keseluruhan kes positif sejak wabak Covid-19 melanda negara pada awal tahun lalu kepada 1,342,215 kes.

Berdasarkan data diterbitkan Kementerian Kesihatan hari ini, sembilan negeri merekodkan lonjakan mendadak dengan Kuala Lumpur mencatatkan 2,436 kes baharu berbanding 2,065 kes semalam.

Ini diikuti Kedah yang merekodkan 2,143 kes berbanding 1,534 jangkitan semalam; Sabah – 2,052 kes (1,514 semalam); Johor – 1,706 (1,693 semalam); Sarawak – 1,216 (634 semalam); Perak – 930 (828 semalam); Pahang – 629 (585 semalam); Putrajaya – 56 (41 semalam); dan Labuan – 11 (tiga kes semalam).

Pada 6 Ogos lalu negara merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 20,889 kes.

Semalam, sebanyak 20,780 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara dengan 10 negeri mencatatkan peningkatan. Pulau Pinang merekodkan jumlah lonjakan tertinggi daripada 743 kes semalam kepada 1,385 jangkitan hari ini, diikuti Johor daripada 1,344 kes semalam kepada 1,693 kes hari ini.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
2 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
2 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok