Kes baharu di 12 negeri naik semula

October 5, 2021 · Isu semasa

Dua belas negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, seiring pertambahan kes pada peringkat nasional.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 8,817 jangkitan baharu direkodkan berbanding 8,075 yang dicatatkan semalam.

Beliau berkata Sarawak kembali merekodkan jangkitan tertinggi sebanyak 1,361 kes berbanding 1,189 kes semalam.

Negeri-negeri lain yang mencatat peningkatan kes ialah Selangor, Kelantan, Johor, Sabah, Pahang, Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perlis, Putrajaya, dan Labuan.

Selangor mencatat 1,348 kes baharu hari ini berbanding 686 semalam; Kelantan (1,063 kes baharu, 1,020 semalam); Johor (886 baharu, 781 semalam); Sabah (805 baharu, 677 semalam); dan Pahang (696 baharu, 522 semalam).

Jangkitan baharu juga meningkat di Melaka membabitkan 246 kes berbanding 219 kes semalam; Kuala Lumpur (217 kes hari ini, 151 semalam); Negeri Sembilan (122 hari ini, 108 semalam); Perlis (47 hari ini, 36 semalam); Putrajaya (23 hari ini, 19 semalam); dan Labuan (tiga hari ini, dua semalam).

Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhan jumlah kes positif Covid-19 yang dilaporkan sejak wabak itu menular di negara ini awal tahun lalu meningkat kepada 2,294,457 kes.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,083 kes semalam, 12 kematian
1 jam lalu · Isu semasa
RUU Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 lulus
1 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
11 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
12 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok