Kes baharu Covid turun, kekal paras bawah 5,000

Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 kekal bawah paras 5,000 dengan sebanyak 4,626 kes direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan seramai 2,476,268 individu dijangkiti virus berkenaan sehingga kini.

Ia merupakan kali kedua berturut-turut negara mencatatkan kes Covid-19 bawah 5,000 kes selepas catatan 4,979 kes semalam.

BERITA BERKAIT
POPULAR