
Seramai 3,337 pesakit Covid-19 disahkan sembuh daripada jangkitan itu semalam, 20 Julai 2022.
Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam (Rabu, 20 Julai 2022) melonjak hampir mencecah 6,000 kes – tertinggi melepas 5,624 kes yang dicatat pada 23 April lalu.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 5,685 jangkitan baharu direkodkan semalam, meningkat tinggi berbanding 3,902 yang dicatat pada Selasa, dengan 3,337 pesakit turut disahkan sembuh daripada jangkitan.
Bagaimanapun, menurut data laman Github KKM, penerima vaksin dos penggalak kelak menjadi penyumbang tertinggi kes harian apabila mencatat 4,303 kes, diikuti 944 kes (individu menerima dua dos); 402 kes (individu tidak divaksinasi); dan 36 kes (penerima belum lengkap divaksinasi).
Jangkitan baharu itu turut melonjakkan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam kepada 4,635,648 kes – tertinggi dalam kalangan negara-negara Asean selepas Vietnam dan Indonesia – dengan 4,554,286 pesakit telah sembuh.
Sehingga semalam sebanyak 45,484 kes masih aktif, meningkat berbanding 43,144 pada Selasa, termasuk 43,858 pesakit menjalani kuarantin di rumah (41,488 pada Selasa) dan 39 lagi ditempatna di PKRC (33 pada Selasa).
Sementara itu, seramai 1,531 pesakit dirawat di hospital, turun berbanding 1,568 pesakit pada Selasa, manakala 56 lagi dimasukkan ke unit rawatan dapi (55 pada Selasa), dengan 35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (39 pada Selasa).
Berikut adalah pecahan kes harian mengikut negeri dan kumulatif positif sejak Januari 2020:
Selangor – 2,024 (1,413,022);
Kuala Lumpur – 1,834 (392,047);
Johor – 126 (387,603);
Sabah – 279 (378,874);
Sarawak – 85 (308,967);
Kedah – 126 (303,077);
Pulau Pinang – 205 (288,369);
Kelantan – 53 (249,013);
Perak – 357 (211,939);
Negeri Sembilan – 230 (211,284);
Pahang – 63 (173,451);
Melaka – 147 (127,963);
Terengganu – 41 (127,063);
Putrajaya – 92 (23,494);
Labuan – 15 (21,689); dan
Perlis – 8 (17,793).
Sementara itu, KKM juga melaporkan seramai lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk lima daripadanya kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).
Kes kematian itu dilaporkan masing-masing dua di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur, manakala masing-masing satu kes dicatat di Johor dan Melaka.
Kematian terbaharu semalam menjadikan kumulatif sejak Mac 2020 meningkat kepada 35,878 kes, termasuk 7,614 kes BID.