Kes baharu Covid minggu lalu turun

September 26, 2022 · Isu semasa

Bilangan kes baharu Covid-19 yang direkodkan bagi Minggu Epidemiologi ke-38 (ME 38/2022) iaitu dari 18 hingga 24 Sept menurun kepada 12,963 daripada 13,627 kes dicatatkan pada ME 37/2022 dari 11 hingga 17 Sept.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penurunan dicatatkan adalah sebanyak 4.9 peratus.

“Purata kes aktif setiap hari bagi ME 38/2022 ialah 25,325 iaitu terdapat penurunan empat peratus berbanding minggu sebelumnya,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, bilangan kes tempatan pada ME 38/2022 menurun 4.8 peratus kepada 12,934 kes daripada 13,585 kes pada ME 37/2022.

Kes import Covid-19 pada ME 38/2022 pula mencatatkan penurunan 31 peratus kepada 29 kes berbanding 42 kes pada ME 37/2022, katanya.

Beliau berkata bilangan kes sembuh pada ME 38/2022 menurun 5.8 peratus kepada 13,677 kes daripada 14,513 kes pada ME 37/2022 manakala kes kematian pada ME 38/2022 meningkat sebanyak 29 peratus (31 kes kepada 40 kes).

Menurut beliau, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi bagi semua kategori menurun pada ME 38/2022 berbanding ME 37/2022.

“Pesakit kategori satu dan dua menurun 7.1 peratus manakala pesakit kategori tiga, empat dan lima menurun 11.5 peratus,” katanya.

Dr Noor Hisham bagaimanapun berkata kes-kes positif Covid-19 yang dipantau Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara menunjukkan peningkatan dari segi bilangan kes baharu yang menjalani pemantauan di rumah iaitu 102 peratus.

Beliau berkata berdasarkan perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 37/2022 dan ME 38/2022, bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun 0.5 peratus manakala kes Covid-19 yang dirujuk CAC ke hospital tidak berubah bagi kedua-dua tempoh.

Kata Dr Noor Hisham, dari 25 Jan 2020 hingga 24 Sept lepas, kumulatif kes baharu Covid-19 yang dicatatkan negara ialah sebanyak 4,830,214 kes.

Dalam tempoh sama, kumulatif kes sembuh Covid-19 ialah sebanyak 4,768,604 kes manakala kumulatif kes kematian berjumlah 36,348 kes dan kumulatif kluster ialah 7,079 dengan 14 kluster masih aktif.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
14 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
17 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
24 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok