Kes baharu Covid hari ini naik sedikit

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara hari ini (Rabu, 6 April) meningkat sedikit lagi apabila keseluruhannya mencatat 12,105 kes baharu, berbanding 12,017 pada Selasa.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak kes pertama Covid-19 dikesan di negara ini pada Januari 2020 lalu meningkat kepada 4,280,591 kes.

Laporan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri malam ini menunjukkan sembilan negeri mencatat peningkatan jangkitan harian hari ini, tetapi semuanya tidak melepasi empat digit.

Negeri berkenaan ialah Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak, Pahang, Melaka, Putrajaya dan Perlis.

Manakala tujuh negeri yang mencatat penurunan kes harian ialah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Sabah, Kelantan, dan Labuan.

Berikut adalah pecahan kumulatif positif mengikut negeri sehingga 6 April 2022:

  • Selangor – 1,240,038;
  • Johor – 375,741;
  • Sabah – 368,606;
  • Kuala Lumpur – 333,083;
  • Sarawak – 301,085;
  • Kedah – 294,431;
  • Pulau Pinang – 270,845;
  • Kelantan – 245,962;
  • Negeri Sembilan – 192,874;
  • Perak – 192,692;
  • Pahang – 167,994;
  • Terengganu – 122,825;
  • Melaka – 118,077;
  • Labuan – 21,055;
  • Putrajaya – 18,365; dan
  • Perlis – 16,918.

Maklumat lanjut akan dikemas kini pagi esok.

BERITA BERKAIT
POPULAR