Kes baharu Covid-19 turun lagi

January 10, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun lagi, berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 2,641 jangkitan baharu dikesan berbanding 2,888 kes yang dicatat semalam.

Beliau berkata angka itu menjadikan kumulatif positif meningkat kepada 2,788,860 kes, dengan sehingga semalam 2,714,614 pesakit disahkan sembuh, dan 31,678 kematian.

Sehingga semalam, masih terdapat 39,927 pesakit aktif, dengan 32,743 daripadanya menjalani kuarantin di rumah; 3,520 ditempatkan di PKRC; 3,416 dimasukkan ke hospital; dan 248 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, termasuk 117 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak 24 Februari tahun lalu hingga semalam, seramai 25.64 juta atau 78.5 peratus daripada populasi Malaysia telah lengkap divaksinasi, manakala lebih 26.02 juta atau 79.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Sementara itu Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah pada nilai 0.98.

Nilai Rt bagi Labuan adalah yang tertinggi iaitu 1.19 diikuti Sabah (1.07); Kuala Lumpur (1.06); Melaka (1.03); Negeri Sembilan (1.02); dan Kedah (1.00).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia di landasan tepat catat KDNK hingga 6.3%: Tengku Zafrul
24 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
31 minit lalu · Isu semasa
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
40 minit lalu
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok