Kes baharu Covid-19 turun 17.9 peratus minggu lalu: KP Kesihatan

August 30, 2022 · Isu semasa

Bilangan kes baharu Covid-19 turun sebanyak 17.9 peratus kepada 18,715 kes pada Minggu Epidemiologi ke-34 (ME 34/2022) dari 21 hingga 27 Ogos.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagi tempoh sama, 60 kes kematian direkodkan, meningkat sebanyak 7.1 peratus berbanding minggu sebelumnya.

“Bilangan kes sembuh pada ME 34/2022 menurun sebanyak 5.4 peratus iaitu 26,458 kes kepada 25,037 kes.

“Purata kes aktif setiap hari bagi ME 34/2022 adalah 36,179 iaitu terdapat penurunan sebanyak 13.9 peratus berbanding minggu sebelumnya,” menurutnya dalam kenyataan berkaitan situasi semasa jangkitan Covid-19, hari ini.

Sementara itu, kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk untuk pesakit kategori 1 dan 2 berkurangan sebanyak 15.8 peratus manakala pesakit kategori 3, 4, dan 5 turun 15.2 peratus.

Dr Noor Hisham berkata pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) pada ME34/2022 menurun dua peratus, katil bukan kritikal berkurangan tiga peratus dan katil PKRC turun satu peratus.

Selain itu, peratusan pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut menurun 0.3 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Menurut kenyataan itu, kes positif yang dipantau oleh Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara menunjukkan penurunan meliputi bilangan kedatangan pesakit ke CAC berkurangan 13 peratus, kes baharu Covid-19 yang menjalani pemantauan di rumah menurun 19.5 peratus manakala kes dirujuk CAC ke hospital turun 26 peratus.

Beliau berkata purata nilai RT juga menunjukkan penurunan 5.3 peratus pada ME 34/2022.

Hasil survelan Covid-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati 140 sampel Penyakit Seperti Influenza (ILI) dikesan positif Covid-19 dengan kadar 15.5 peratus, manakala tiada sampel Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dikesan positif Covid-19 dan kekal 0 peratus pada ME34/2022. – Bernama

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
11 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
12 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
7 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok