Kes baharu Covid-19 semalam turun bawah 2,000 dengan dua kematian

September 5, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 4 September 2022) turun di bawah 2,000 kes dengan hanya dua kematian dilaporkan.

Dalam tempoh itu, sebanyak 1,904 jangkitan baharu direkodkan, berbanding 2,244 kes yang dicatat pada Sabtu.

Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,791,456 kes, dengan 4,726,250 pesakit telah sembuh, termasuk 3,138 pesakit telah pulih semalam.

Rekod laman sesawang Github KKM menunjukkan daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,355 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 357 kes (penerima dua dos); 184 (individu tidak divaksinasi); dan lapan kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 28,961 kes masih aktif, turun berbanding 30,197 yang dicatat pada Sabtu.

Jumlah itu termasuk, 27,584 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (28,853 pada Sabtu); dan 18 ditempatkan di PKRC, sama seperti pada Sabtu.

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital bagaimanapun naik sedikit kepada 1,286 semalam, berbanding 1,251 pesakit pada Sabtu, manakala 73 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (75 pada Sabtu), dengan 36 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (40 pada Sabtu).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 671 (1,463,082);
  • Kuala Lumpur – 328 (427,629);
  • Johor – 70 (392,271);
  • Sabah – 167 (390,682);
  • Sarawak – 68 (313,219);
  • Kedah – 50 (307,958);
  • Pulau Pinang – 77 (295,240);
  • Kelantan – 42 (252,225);
  • Perak – 165 (223,493);
  • Negeri Sembilan – 87 (219,775);
  • Pahang – 44 (176,391);
  • Melaka – 84 (133,517);
  • Terengganu – 21 (128,907);
  • Putrajaya – 18 (26,649);
  • Labuan – 2 (22,168); dan
  • Perlis – 10 (18,250).

KKM juga memaklumkan dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Kedua-dua kes kematian itu dilaporkan di fasiliti kesihatan.

Kedua-dua kes itu dilaporkan di Johor, menjadikan sejak Mac 2020 hingga semalam, jumlah kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 meningkat kepada 36,245 kes, termasuk 7,704 kes BID.

Sementara itu, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021 hingga semalam, lebih 72.283 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 28,093,651 melibatkan dos pertama; 27,496,779 (doa kedua); 16,220,515 (penggalak pertama); dan 473,039 (penggalak kedua).

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
17 jam lalu· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
18 jam lalu· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
18 jam lalu· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
September 29, 2022
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
September 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
9 jam lalu · Isu semasa
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
9 jam lalu · Isu semasa
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
9 jam lalu · Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
5 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok