
Kes baharu jangkitan Covid-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan sebanyak 2,417 kes baharu jangkitan Covid-19 semalam, meningkat sedikit berbanding sebelum ini.
Daripada 2,417 kes baharu dicatatkan, sebanyak lima lagi kematian baharu juga direkodkan akibat jangkitan Covid-19.
Jumlah kumulatif keseluruhan kes Covid-19 kini meningkat kepada 4,598,391 kes dan kematian 35,816.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 35,758 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 48 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 96.6% atau 34,526 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 20 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,164 orang atau 3.3% menerima rawatan di hospital.
Seramai 2,536 pesakit dilaporkan sudah sembuh.
Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan kekal 7,026 kluster, dengan 13 daripadanya masih aktif.