
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dan kes sembuh di seluruh negara semalam, 10 Julai 2022.
Jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam pada Hari Raya Korban semalam (Ahad, 10 Julai 2022) meningkat melebihi 2,799 kes yang direkodkan pada Sabtu, apabila mencatat 3,264 kes, menurut data terbaharu Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Penerima dos penggalak vaksin Covid-19 terus menjadi penyumbang utama kepada jangkitan harian, apabila mencatat sebanyak 2,431 kes daripada jumlah keseluruhan kes baharu itu.
Ini diikuti dengan 554 kes melibatkan individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin, 256 kes (individu tidak divaksinasi), dan 23 kes (individu belum lengkap divaksinasi).
Angka jangkitan terbaru itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu hingga semalam meningkat kepada 4,595,974 kes, dengan 4,524,281 pesakit telah sembuh, termasuk 2,703 pesakit yang pulih semalam.
Sehingga semalam juga, 35,882 kes masih aktif, dengan 34,659 pesakit kini menjalani kuarantin di rumah, dan 24 pesakit ditempatkan di PKRC.
Sementara, seramai 1,156 pesakit masih dirawat di hospital, manakala 43 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 26 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:
Selangor – 1,326 (1,399,923);
Johor – 75 (386,745);
W.P. KL – 847 (380,022);
Sabah – 208 (376,608);
Sarawak – 47 (308,379);
Kedah – 37 (302,198);
Pulau Pinang – 144 (286,571);
Kelantan – 14 (248,567);
Negeri Sembilan – 131 (209,292);
Perak – 230 (209,267);
Pahang – 38 (172,871);
Terengganu – 12 (126,802);
Melaka – 62 (126,850);
W.P. Putrajaya – 84 (22,609);
W.P. Labuan – 5 (21,584); dan
Perlis – 4 (17,686).
Sementara itu, KKM juga memaklumkan dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Kedua-dua kematian melibatkan fasiliti kesihatan.
Dua kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Sarawak dan Selangor.
Sejak kes kematian pertama akibat Covid-19 dilaporkan di negara ini pada Mac 2020 hingga semalam, sebanyak 35,811 pesakit telah meninggal dunia, termasuk 7,593 kes kematian di luar fasiliti kesihatan.