Kes baharu Covid-19 naik semula, lima kematian dilaporkan

Negara hari ini mencatatkan peningkatan empat angka kes baharu Covid-19 selepas rekod semalam tidak melepasi 1,000 kes.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, 1,133 kes baharu dilaporkan, berbanding 941 kes semalam, manakala lima lagi kematian direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh pula ialah 1,148, menjadikan kumulatif kes pulih kini 344,018, manakala kes aktif setakat ini 14,199.

Selangor terus mendahului kes harian tertinggi dengan 401 jangkitan baharu.

Sembilan kluster baharu dikesan membabitkan lima kluster di tempat kerja, tiga kluster komuniti dan satu melibatkan kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Kota Kemajuan di Johor.

Kluster tempat kerja adalah Kluster Jalan Pinang Raja, Kluster Jalan SC Satu, Kluster Jalan Western di Selangor dan Kluster Jalan Sulaiman (Kuala Lumpur) serta Kluster Batu Enam Setengah (Negeri Sembilan), manakala kluster komuniti adalah Kluster Fasa Dua Semarak dan Kluster Ranggu (Sabah) dan Kluster Jalan Merak di Johor.

BERITA BERKAIT
POPULAR