Kes baharu Covid-19 naik lebih 6,400, KL lepasi 1,000 kes

Kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi merekodkan peningkatan selepas turun dua hari berturut-turut semalam dan kelmarin.

Dalam tempoh itu sebanyak 6,437 kes baharu dilaporkan menjadikan kumulatif 745,703 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih merekodkan jangkitan tertinggi iaitu masing-masing 2,299 dan 1,361 kes.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini, 11 negeri dan wilayah merekodkan peningkatan kes baharu, sementara Perlis tidak mencatatkan jangkitan baharu.

BERITA BERKAIT
POPULAR