Kes baharu Covid-19 naik lagi

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat lagi untuk tiga hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh itu 5,291 jangkitan baharu direkodkan berbanding 5,071 yang dicatatkan semalam.

Menurutnya, jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif kes positif sejak awal tahun lalu hingga hari ini meningkat kepada 2,486,630 kes, sementara sehingga semalam 2,385,432 pesakit disahkan sembuh.

Semalam, 10 negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan jangkitan Covid-19 seiring kenaikan jumlah kes baharu di seluruh negara daripada 4,626 kes kelmarin kepada 5,071 kes.

Bagaimanapun, semua peningkatan kes baharu itu bukan sahaja tidak melepasi empat angka, malah berada di bawah paras 900 kes.

Negeri yang merekodkan peningkatan kes semalam ialah Selangor, Kelantan, Sabah, Sarawak, Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Perak, Melaka, dan Perlis.

Sementara itu beliau berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 2 November 2021 untuk seluruh negara adalah 0.95.

Lima negeri dan Wilayah Persekutuan mencatatkan RT melebihi 1.00 iaitu Melaka (1.00), Kuala Lumpur (1.01), Putrajaya (1.05), Negeri Sembilan (1.00) dan Perlis (1.05).

BERITA BERKAIT
POPULAR