Kes baharu Covid-19 naik kepada 7,276

October 12, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi naik semula selepas turun ke paras terendah 6,709 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu hari ini sebanyak 7,276 jangkitan baharu dilaporkan.

Angka itu menjadikan keseluruhan sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu kepada 2,353,579 kes.

Bagaimanapun sehingga semalam 2,206,502 pesakit telah sembuh, sementara 27,422 pesakit lagi meninggal dunia.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kemas kini laman sesawang COVIDNOW hari ini juga memaklumkan sehingga semalam sebanyak 112,379 kes Covid-19 masih aktif, dengan 88,645 pesakit penjalani kuarantin di rumah; 15,356 (PKRC); 7,622 (hospital); dan 756 pesakit lagi dirawat di unit rawatan rapi, termasuk 397 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada kes aktif keseluruhan, empat negeri merekodkan jumlah melebihi 10 pesakit aktif dengan Sarawak merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 20,788 kes dengan 16,500 menjalani kuarantin di rumah; 3,269 di PKRC; 911 (hospital); dan 108 di ICU.

Selangor pula merekodkan 15,317 kes aktif dengan 12,413 menjalani kuarantin di rumah; 1,607 di PKRC; 1,176 (hospital) dan 121 di ICU.

Johor pula mencatatkan sebanyak 14,093 kes aktif dengan 11,524 menjalani kuarantin di rumah; 1,511 di PKRC; 1,000 (hospital); dan 58 (ICU), manakala Sabah merekodkan 10,300 pesakit aktif, di mana 7,914 menjalani kuarantin; 1,403 dirawat di PKRC; 873 di hospital dan 110 dimasukkan ke ICU.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
10 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok