Kes baharu Covid-19 minggu lalu naik, kematian turun: KP Kesihatan

June 20, 2022 · Isu semasa

Jumlah kes baharu Covid-19 di Malaysia bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-24 dari 12 hingga 18 Jun meningkat sebanyak 27.9 peratus atau 11,096 kes kepada 14,195 kes berbanding pada minggu sebelumnya (ME ke-23).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata bilangan kes kematian pada ME ke-24 mencatat penurunan sebanyak 16 peratus iaitu 21 kes berbanding 25 kes pada minggu sebelumnya, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 setakat ini 35,732.

Beliau berkata purata kes aktif setiap hari bagi ME ke-24 pula meningkat sebanyak 9.3 peratus iaitu 24,053 kes berbanding ME ke-23 manakala jumlah kumulatif kes baharu kini 4,538,922.

“Purata kadar kebolehjangkitan Covid-19 (nilai Rt) pula menunjukkan peningkatan 12.5 peratus iaitu 1.08 berbanding 0.96 pada minggu sebelumnya,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau bilangan kes sembuh pada ME ke-24 menurun 2.6 peratus (10,806 kes kepada 10,524 kes) berbanding ME ke-23, menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 4,476,829 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata tiada perubahan ketara bagi jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk untuk ME ke-24 berbanding ME sebelumnya.

“Bagaimanapun, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat empat peratus. Jumlah kes memerlukan alat bantuan pernafasan juga meningkat 33 peratus.

“Secara keseluruhan, penggunaan katil PKRC menurun satu peratus dan penggunaan katil bukan kritikal pula meningkat satu peratus serta penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) meningkat dua peratus,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata kes positif Covid-19 yang dipantau Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) seluruh negara menunjukkan peningkatan dengan kedatangan pesakit ke CAC meningkat 22.1 peratus dan bilangan kes Covid-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah juga meningkat 37.6 peratus.

Bilangan kes Covid-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital pula meningkat sebanyak 11.4 peratus, katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
2 jam lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
2 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
2 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
4 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok