Kes baharu Covid-19 kembali meningkat 4,446, Selangor tertinggi

Kes jangkitan baharu hari ini kembali meningkat dengan sebanyak 4,446 kes dengan Selangor masih mendahului statistik jangkitan baharu harian sebanyak 1,650 kes, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Peruntukan besar sebanyak RM400 juta yang diumumkan Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini gagal membendung penularan dalam komuniti apabila hampir setiap hari mencatatkan peningkatan kes.

Selepas Selangor, negeri mencatat kes tinggi adalah Sarawak (433) disusuli Johor (391), dan Kuala Lumpur (297).

Sementara Labuan dan Perlis tidak mencatat sebarang kes hari ini.

Dengan jumlah terbaharu ini, kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 474,556.

BERITA BERKAIT
POPULAR